MORAL MANUSIA UMNO BERTENTANGAN DENGAN KELAKUAN TAMADUN
Salam hormat warga Malaya dan Borneo,
Sesungguhnya, saya menjangkakan bahawa ada sesuatu yang Cemar Abadi pada otak baka bangsa manusia melayu, khususnya manusia melayu UMNO. Praduga saya bersandarkan kepada watak, sikap dan moral manusia UMNO, atau manusia pro UMNO yang begitu jelas di hapadan mata kita semua; di hadapan mata khalayak warga Persekutuan Malaysia semua; dan di hadapan mata khalayak antarabangsa seluruhnya.
Betapa bangsa manusia melayu UMNO sentiasa condong ke arah membohong dan menipu ketika berfikir, bercakap dan menulis. Yang demikian, corak dan langkah tindakan mereka juga mencerminkan kebohongan dan penipuan yang mendalam dan melampau, tanpa secebis perasaan malu kepada bangsa-bangsa lain di persada antarabangsa.
Menoleh sejenak di pinggir tahun 1998, manusia UMNO telah mengerah seluruh nafas dan suara bohong dan penipunya; yang juga dibantu sepenuhnya oleh seluruh kekuatan jentera polis dan media negara untuk mengaib, mencemar dan menghancurkan maruah Anwar Ibrahim, atas nama demi Keselamatan Negara kononnya sebagai tanda wibawa dan Kesahihan Kitab Suci 50 Dalil karangan Khalid Japri.
Tatkala Anwar Ibrahim bangkit dengan semangat berani seorang pahlawan sebagai panglima, dengan pantas beliau dirempuh, didera dan disiksa tanpa prinsip 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Justeru, Anwar Ibrahim tampil di khalayak dunia tatkala dibawa ke mahkamah korek korek dengan kesan rempuhan, penderaan dan penyiksaan melampau yang boleh menjurus ke arah maut.
Namun, manusia UMNO ada yang menyusun kata, apa nama, kununnya.. hehehe.. Anwar Ibrahim menumbuk matanya sendiri bagi membuktikan polis pro manusia UMNO zalim. Ada pula yang dengan mulut murainya bermadah seloka, apa nama kununnya.. auuuw !! Anwar Ibrahim menghantuk matanya sendiri ke dinding bagi mendapat simpati warga marhaen.
Justeru, apa nama kununnya tidak ada sesiapa pun yang menjentik Anwar Ibrahim dalam tahanan. Namun begitu, munjurlah warga marhaen dan para peguam Anwar Ibrahim telah mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menguji kesahihan dakwaan para manusia UMNO. Cisss !! Ketua Polis Negara Persekutuan Malaysia sendiri rupanya yang merempuh, mendera dan menyiksa Anwar Ibrahim. Di mana sebenarnya maruah dan harga diri manusia UMNO ??
Alkesah, maka ada pun angka tepat dan statistic yang diberikan di parlimen oleh yang empunya kuasa menyatakan bahawa, dalam tempoh 4 tahun, seramai 1,535 orang yang dimampuskan oleh polis pro manusia UMNO Semasa Dalam Soal Siasat lagi. Dengan kata lain, purata kasar tahanan yang dibunuh oleh polis pro manusia UMNO Semasa Dalam Soal Siasat lebih kurang 31 orang setiap bulan.
Arakian, maka menyelami ayat Semasa Dalam Soal Siasat ini, maknanya suspek belum dibuktikan bersalah ! Kalau begitu, kenapa dibunuh ?? Tetapi, bagi suspek yang sah telah dibuktikan bersalah, saya sendiri amat bersetuju agar dibunuh terus !!
Apa nama kununnya, seperti Haslan Bajil gamaknya yang sah telah menculik, merogol dan membunuh mendiang Sherliana Gediun - PELAJAR PINTAR UMS. Demikian juga dengan Mohd. Abbas Danus Baksan gamaknya yang juga sah telah menculik, merogol dan membunuh Allahyarhamah Nurul Huda Gani. Ini tidak, penjenayah yang wajar dibunuh dibiarkan hidup, sedangkan suspek yang belum dibuktikan bersalah dibunuh.:)
WARGA BORNEO BIAR ADA HARGA DIRI
"REMPUH UMNO SAMPAI JATUH"
- Naspazi
http://naspazi.multiply.com
No comments
Post a Comment