LUKA YANG BERDARAH...
Hampir seminggu telah berlalu kekalahan kedua BN atau UMNO secara khususnya di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan. Apa masalahnya? Ramai yang dirisik-risik mengatakan calonnya yang bermasalah. Ada yang buat spekulasi dasyat dengan hantunya. Ada yang menuduh pelbagai tohmahan, namun rezeki masih milik mereka. Itu Tuhan punya kuasa.
Apa yang pasti sekarang, UMNO kian parah. Lukanya ketika Pilihanraya Umum yang masih belum sembuh, ditaburnya pula garam di atas luka tersebut ketika Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Terkoyak kembali luka tersebut. Ketika luka tersebut masih bernanah...diperahnya pula asam limau ke atas luka tersebut ketika Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
Selesai membalut luka tersebut, kini ramai pula ahli-ahlinya yang menghadapi tuduhan rasuah wang untuk pemilihan UMNO yang bakal mendatang. Langau-langau seperti inilah harus di sembur dengan racun serangga perosak dengan secepat mungkin oleh SPRM. Jika dilengah-lengahkan, langau-langau seperti ini dikhuatiri akan menjadi lebih banyak menghurung nanah yang semakin membusung di dalam UMNO.
UMNO perlukan perubahan drastik...itu saja ungkapan yang dapat di dengar dan dibaca setakat ini. Apa langkah-langkah yang telah diambil dan dipraktikan? Masih lagi tiada, kerana apa? Kerana semua masih menunggu bulan Mac ini, menunggu tamatnya persidangan agung yang memungkinkan pelbagai lagi keputusan yang hendak diputuskan. Apa yang dikhuatiri nanti, luka tersebut, disimbah pula dnegan asid, lagi parah.
Apa yang jelas di sini, kepercayaan masyarakat semakin terhakis akibat over confident yang dimiliki oleh BN atau UMNO secara khususnya hingga terabai golongan-golongan bawahan. Kesannya dapat dilihat pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas bagaimana rakyat menentukan hak-hak mereka (walau ada segelintir mula menyesal dengan undian mereka). Di tambah pula dengan tohmahan-tohmahan yang disebarkan oleh parti-parti pembangkang yang mengadakan ceramah politik mereka tidak kira pada musim pilihanraya ataupun tidak.
UMNO ataupun KerajaanBN secara amnya telah melakukan dua kesilapan yang besar sepanjang pemerintahan mereka. Ini adalah situasi antara sedar dan separa sedar dari segelintir pemimpin yang berada di atas tanpa menoleh atau memandang ke bawah.
Kesilapan-kesilapan tersebut adalah UMNO terlalu banyak bermuka-muka dengan mengeksploitasikan media-media prima yang ada di dalam negara ini. Media terlalu ekstrim menceritakan sesuatu sehingga ada penonton yang naik jelak mendengarnya. Bukannya menjadi kesalahan, tetapi cara penyampaian berita tersebut seolah-olah "lebih sudu dari kuah". Rakyat yang rasional boleh berfikir dengan lebih matang antara kebenaran sesuatu berita tersebut.
Kesilapan yang sering diabaikan oleh pemimpin-pemimpin pemerintah sebelum ini ialah dengan membenarkan pelbagai permit ceramah politik walaupun tidak kena pada musimnya. Ceramah-ceramah politik dari pembangkang memang sedap di dengar, apatah lagi situasi mengumpat dan menceritakan keburukan seseorang itu. Cuba bayangkan sudah berapa lama situasi ini diambil kesempatan oleh pihak pembangkang untuk "brain wash" kan pendengar-pendengarnya dan ketika tiba pilihanraya, mereka cuma mengulangkan sedikit sahaja fakta kepada pendengar-pendengar kerana selebihnya sudah tersemat dan tersimpul rapi di dalam minda mereka.
Lihat sahaja suasana di Kuala Terengganu yang masih mahu mengangkat isu Altantuya dan Dato Seri Najib sedangkan kes tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan beliau. Tapi mengapa ianya perlu dibangkitkan? Kerana rakyat telah di basuh dengan fakta-fakta yang dibicarakan ketika ceramah-ceramah yang telah dianjurkan selama ini. Mereka masih lagi percaya akan fakta-fakta karut tersebut.
Berbalik kepada UMNO pula, ada mereka lakukan sebagaimana parti pembangkang lakukan? Mengadakan ceramah-ceramah politik walaupun bukan tiba musimnya....TAK ADA! Apa yang ada cuma menceritakan apa saja kebaikan yang dilakukan secara ekstrim...dan si pembangkang pula sibuk mengorek pelbagai rahsia tanpa halangan. Itulah masalahnya yang sebenar. Bila tiba pilihanraya, UMNO baru mahu mencari isu-isu pembangungan dan tanpa kononnya menyerang peribadi calon pembangkang sedangkan pihak pembangkang betubi-tubi menyerang calon UMNO sedari sebelum pilhnaraya lagi.
Itu lah nasib parti yang memerintah jika terabai seketika. UMNO memang memerlukan reformasi yang menyeluruh. Jika perlu, tukar je pakaian rasmi putih merah itu, tukar jer warna lain...paling koman punya idea la tuh...
Sekian...wassalam!
http://pilihan-anda.blogspot.com/
No comments
Post a Comment