Kontroversi: Imam Masjid Negeri Diarah Batalkan Tazkirah Dan Forum Perdana, Perihal Kekejaman Yahudi Terhadap Umat Islam Di Bumi Palestin !!

KUANTAN - Nampaknya UMNO dan BN Pahang sudah semakin hilang arah tujunya. Selepas ramai dikalangan ahli mereka terlibat dengan rasuah semasa pemilihan bahagian baru-baru ini kini mereka semakin takut. Tambahan pula melihat kekalahan memalukan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Maka itu, entah mengapa tiba-tiba puak-puak UMNO Pahang terutamanya Ketua Perhubungannya, Adnan Yaakob "meracau tidak tentu hala". Mereka kini terlalu takut dengan suara rakyat hingga tergamak melakukan sesuatu yang langsung tidak masuk dek akal. Semalam, satu program bagi memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri Sultan Hj. Ahmad Shah I (foto), dekat sini. Program yang mendapatkan kerjasama beberapa buah NGO itu berlangsung selama satu hari dengan acara seperti gerai jualan, pameran dan sebagainya. Bagi menyerikan lagi program tersebut turut akan diadakan tazkirah maghrib serta forum perdana yang akan membicarakan tentang isu Palestin. Selepas solat Jumaat maka berduyun-duyunlah para jemaah mengambil peluang untuk menyaksikan aktiviti tersebut dari dekat. Paparan gambar dan slide video yang dipertontonkan jelas sekali memberi kesan kepada umat Islam disini. Terutamanya dalam mengajak mereka menghulurkan sumbangan derma kepada umat Islam di Palestin yang ditimpa musibah itu.

Kami difahamkan Forum Perdana sepatutnya akan diadakan sebelah malam dilokasi terbabit. Di mana pihak penganjur telah mengundang ahli panel khas yang amat mengetahui serta memahami penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Program ini adalah satu aktiviti yang cukup bermanfaat bagi menarik perhatian ramai pihak tentang betapa besarnya harapan umat Islam di sana untuk mendapat bantuan sewajarnya daripada kita di tanahair. Justeru itu, kami difahamkan program tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam dan para jemaah masjid negeri berkenaan. Mereka bukan sahaja teruja melihat apa yang dipaparkan dan turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan umat Islam Palestine yang tertindas itu. Krew kami di Kuantan sempat meninjau ke lokasi terbabit untuk mengetahui lebih dekat tentang aktiviti yang diadakan di situ. Namun, sungguh terharu bila kami mendapat satu gambaran yang tidak munasabah dan masuk dek akal langsung. Ternyata kerajaan UMNO dan BN Pahang tidak prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin. Ini terbukti dengan beberapa perkara yang amat tidak wajar berlaku dalam program sehari berkenaan. Kami hairan dengan senario ini. Akibat tekanan politik dan pihak atasan maka beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah disajikan kepada umat Islam di sini. Antaranya ialah :-

Khutbah Yang Lari Tajuk Dari Soal Palestin

Memandangkan kini berita tentang kekejaman Yahudi di Genting Gaza sudah semakin serius. Biarpun mereka kononnya telah melakukan gencatan senjatan. Namun kita harus sedar beribu-ribu rakyat Palestin mati akibat kekejaman Zionis itu. Susulan daripada itulah maka program tersebut diadakan berhampiran Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I, Kuantan. Sepatutnya, pihak pengurusan masjid dan jabatan agama Islam berkaitan harus peka dengan isu semasa yang sedang melanda umat Islam di Palestin. Ditambah lagi dengan program terbabit. Maka adalah lebih afdhal lagi, bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terutamanya pada jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan maka seharusnya Khatib yang membacakan khutbah memilih tajuk berkaitan dengan kekejaman Yahudi terhadap umat Islam Palestin. Ini memberi dorongan kepada para jemaah untuk menhulurkan sumbangan derma atau sebagainya. Namun, entah apa yang terjadi, sama ada arahan pihak atasan atau sengaja "dibutakan mata" khatib pada hari semalam membaca khutbah berkaitan "hal-hal nikah kahwin dan kekeluarga". Kita bukannya mempertikaikan khutbah berkenaan. Namun, itu bukanlah isu pokok yang harus dibicarakan disaat program itu diadakan dan penderitaaaan umat Islam Palestin masih lagi ditangisi. Ramai jemaah yang terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku. Soal nikah kahwin dibicarakan oleh Khatib bertugas, dalam keadaan isu Palestin menjadi satu isu global yang harus diperjelaskan kepada umat Islam. Kami difahamkan, teks khutbah tersebut juga dibacakan di masjis-masjid lain di seluruh negeri Pahang atas arahan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) sendiri. Ini adalah bukti jelas yang kerajaan negeri Pahang amat tidak peka dengan penderitaaan umat Islam di Palestin itu sebenarnya. Mereka takut jika isu itu dibacakan, maka para jemaah akan lebih sayang kepada Islam dan akhirnya akan menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang agaknya. Inilah sesuatu yang amat mengharukan sebenarnya.

Tazkirah Dan Forum Perdana Dibatalkan

Memandangkan kini berita tentang kekejaman Yahudi di Genting Gaza sudah semakin serius. Biarpun mereka kononnya telah melakukan gencatan senjatan. Namun kita harus sedar beribu-ribu rakyat Palestin mati akibat kekejaman Zionis itu. Susulan daripada itulah maka program tersebut diadakan berhampiran Masjid Negeri Sultan Hj. Ahmad Shah I. Namun anehkan Forum Perdana yang sepatutnya diadakan malam semalam telah dibatalkan disaat akhir oleh pihak masjid negeri. Alasan yang diberikan juga tidak jelas, cuma menurut beberapa orang kanan masjid mereka mendapat arahan daripada pihak atasan termasuk pihak polis (SB). Apakah dengan mengadakan forum perdana yang berkaitan dengan "isu Palestin" juga dianggap sebagai "berbahaya" kepada rakyat?. Kenapakah mereka terlalu takut dengan perkara ini. Kami juga difahamkan, selain forum perdana turut dibatalkan juga ialah Tazkirah berkenaan isu Palestin yang sepatutnya diadakan selepas solat Maghrib di masjid berkenaan. Persoalannya disini ialah, mengapakanh Imam Masjid membatalkan majlis tersebut disaat akhir selepas segala persediaan telah dibuat oleh pihak penganjur?. Inilah yang menimbulkan kemusykilan sebenarnya. Walhal isu Palestin adalah isu sejagat dan bukannya hal politik. Malahan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat turut menyokong usul mengutuk kekejaman Yahudi di Palestin semasa di bentangkan oleh Perdana Menteri di parlimen baru-baru ini. Namun, kes yang berlaku di Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I Kuantan ini amatlah "zalim". Bukan sahaja terhadap umat Islam di bandar ini, malahan juga kepada umat Islam di Palestin itu sendiri. Terbukti kini bahawa mereka terlalu takut dengan isu ini. Walhal ia bukanlah untuk kepentingan politik mana-mana pihak sebenarnya.

[Kami hairan dengan apa yang berlaku. Ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak yang gusar dengan isu Palestin ini akan menyebabkan umat Islam bersatu padu dan akhirnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika ini berlaku, pastilah mereka akan menolak UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Ketakutan Imam Masjid Negeri kepada pemimpin lebih daripada kepada "Allah SWT" jelas sekali amat memalukan. Tiada gunanya mereka ini menjadi Imam lagi, jika perkara seperti ini pun mereka takut dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Bukankah pembatalan itu menyusahkan pihak yang bertanggungjawab, sedangkan ahli panel yang diundang untuk Forum Perdana yang bakal diadakan itu bukanlah pemimpin pembangkang. Justeru itu, mengapakah mereka harus takut dan langsung tidak berani berhadapan dengan keadaan sebenarnya?

http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/memalukan-gara-gara-takut-rakyat.html

No comments

Powered by Blogger.