kebangkitan pemuda
Oleh notan
"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.. PRK P 36, menunjukkan satu lagi tanda yang memberangsangkan ia itu kebangkitan kesedaran di kalangan pemuda pemudi terhadap perubahan. Golongan muda baik yang berasal dari kuala Terengganu atau yang datang dari luar telah menunjukkan satu sikap yang memberangsangkan kepada usaha memenangkan calon PAS/PR. Sokongan mereka cukup luar biasa dan mengejutkan BN yang nampak terkedu di hari mengundi.Ada di kalangan pemuda pemuda luar yang datang ke Kuala Terengganu secara berkonvoi dengan motorsikal dan dengan biayai sendiri.
Di hari mengundi,sejak pagi sehingga lewat malam, kelihatan di seluruh Kuala Terengganu pemuda bermotorsikal berarak sambil mengibarkan bendera PAS sehingga dilapurkan dilewat malam semua bendera PAS yang dipacakkan di tepi jalan habis diambil olih mereka.
Inilah gelombang yang tidak disangka sangka olih BN dan gelombang besar di kalangan pemuda pemuda yang menyokong PAS/PR telah melenyapkan suara pemuda, putera dan puteri UMNO sepanjang 11 hari berkempen dan sepanjang hari mengundi.
Aku juga diberitahu bahawa seorang pemuda dari Perak telah kemalangan semasa perjalanan menuju Kuala Terengganu dengan motorsikal dan terpaksa berpatah balik.Begitu juga aku baru menyaksikan dalam youtube bagaimana kegigihan seorang pemuda dari KL sepanjang kempen PRK KT ini.Aku juga diberitahu seorang pemuda penjual burger dari Kemaman telah berkampung di KT selama seminggu serta meninggalkan perniagaannya selama tempoh itu dan lebih menarik aku diberitahu bahawa pemuda ini sebelum ini ialah penyokong tegar UMNO/BN.
Itulah secebis kisah pengorbanan pemuda pemuda yang mahukan perubahan dan menyedari betapa kematian itu mengatasi segala kemewahan hidup.
Sementara di markaz aku sendiri, aku menyaksikan puluhan motorsikal milik pemuda pemuda yang datang semata mata untuk menyokong kempen calon PAS/PR.Dan aku menyaksikan sendiri bagaimana kegigihan mereka melakukan kerja kerja pilihanraya.Malah kehadiran mereka dapat meringankan banyak beban kerja orang orang yang dah berumur macam aku ini.
Gelombang perubahan di kalangan pemuda pemuda ini bakal menambah semangat kita di masa depan.Tetapi momentum ini mesti diteruskan.Semuga YB Salehudin Ayub sebagai ketua pemuda bersama saf saf kepimpinan pemudanya dapat mengambil langkah susulan yang mampu mengekalkan momentum kebangkitan ini serta meneruskan gelombang perubahan sehingga tsunami politik kedua yang lebih besar bakal berlaku,insya Allah.
"
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1718

No comments
Post a Comment