mamat tempe popular hari ini

SHAH ALAM: Calon Ketua Pergerakana Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan Barisan Nasional (BN) untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Beliau berkata, perubahan itu membabitkan dalam BN sendiri, pentadbiran kerajaan dan dasar ekonomi.

"Antara perubahan yang patut dilakukan dalam BN ialah membuka keanggotaan kepada parti-parti yang berminat menyertainya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi pentadbiran kerajaan pula, beliau mencadangkan bilangan kakitangan kerajaan ditambah bagi membolehkan masalah yang dihadapi rakyat dapat diatasi segera dan lebih berkesan.

Sebagai contoh, katanya, Petaling Jaya sebagai kawasan perbandaran yang besar akan dapat diurus dengan lebih berkesan jika pentadbirannya dipecahkan kepada tiga atau empat daerah.

Daripada segi ekonomi pula, Dr Mohamad Khir berkata dua perkara perlu diberi tumpuan iaitu merapatkan jurang pendapatan antara rakyat tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang kualiti hidup antara rakyat.

Katanya, hari ini jurang pendapatan antara kaum adalah besar iaitu pendapatan bulanan purata sekeluarga orang Melayu ialah RM2,800, kaum India RM3,200 dan Cina RM4,400 manakala ada kawasan di Sabah dan Sarawak yang masih tidak menikmati kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik.

“Kalau ini dibuat serentak oleh kalangan pemimpin, BN akan dapat sokongan rakyat," katanya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.