Jalan Suami Rosmah Makin berliku - malaysiakini
Apabila nama Pengawal Peribadi Dato’ Seri Najib bernama Musa Safri disebutkan di mahkamah oleh tertuduh pertama Chief Inspektor Azilah siapa mampu menerimapakai sumpah “wabillahi...” Dato Najib yang mengatakan beliau tidak pernah kenal siapa itu Altanttuya?
KAMAL AMIR MENULIS TERDAPAT tiga isu sedang panas berlegar dalam landskap politik negara sejak berakhirnya pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. Pertama adalah kisah Suruhanjaya Pencegah Rasuah mula membuka fail-fail dan melakukan siasatan dikalangan pimpinan Umno berhubung dakwaan “rasuah politik” di musim pemilihan peringkat bahagian serta pencalonan bagi merebut jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan pimpinan Bahagian.
Kedua semakin tersebarnya borang-borang yang hantar kepada badan-badan bukan kerajaan di seluruh negara meminta mereka menyatakan sokongan tidak berbelah bagi agar imam besar mazhab Islam Hadhari terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri tanpa ada sebarang tarikh penghujungnya.
Ketiga adalah dakwaan pelbagai pemimpin bahawa sekitar satu juta rakyat Malaysia bakal mengalami kehilangan sumber pendapatan apabila mereka bakal diberhentikan kesan rempuhan gelombang “tsunami” ekonomi yang semakin bergelora melanda negara.
Selain dari itu terdapat pula perbincangan di peringkat tertinggi khususnya Bank Negara mula melakukan pelbagai polisi bagi mengekang kemelsetan ekonomi yang kian ketara melanda malahan dari pelbagai pengumuman kerajaan jelas menampakkan ketidakmampuan pemimpin untuk menyorok realiti sebenar. (lihat kenyataan beberapa orang peneraju utama di Bursa Saham Malaysia, presiden persatuan penjual kereta bumiputra yang mengangarkan penurunan sejumlah 12% jualan kereta baru).
Melihat dari kesemua perkembangan tersebut ternyata semakin “haru biru” dan serba merencam lagi situasi politik tanah air. Namun begitu apakah sikap pimpinan yang berada di anjung kuasa di Seri Perdana? Apakah masih meneruskan sindrom penafian demi penafian?
Sejak awal-awal lagi saat Umno mula mengadakan persidangan tahunan peringkat cawangan dan bahagian mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan berlakunya politik wang. Malahan laporan kepada badan pencegah rasuah telahpun dibuat oleh Datuk Mazlan Harun (mantan exco pergerakan pemuda Umno era Anwar Ibrahim) bersama Datuk Kadar Shah anak kepada mantan Pengerusi Tetap Umno Malaysia.
Malangnya kesemua laporan yang dikemukan bukan hanya oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut, malahan beberapa aduan kepada Pengerusi dan jawatankuasa Disiplin parti juga bagaikan tidak diendahkan kesan adanya politik kroni, korupsi dan nepotisma. Akhirnya percaturan pemilihan Umno hingga membolehkan Dato’ Seri Najib memperolehi pencalonan hampir seratus peratus.
Disamping itu para pencatur serta pencacai politik di rumah Umno benar-benar memperlihatkan sikap “pelahap” mereka menagih laba samada wang tunai ataupun pelbagai bentuk projek dari pimpinan tertinggi Umno sebagai komoditi pasaran politik. Umno diserang dengan budaya korupsi cukup parah di musim pemilihan tersebut apabila para parasit politik bagaikan dilindungi oleh orang tertentu.
Dan kini asatelah fail mula di buka apakah mampu para parasit serta pemimpin yang mengamalkan korupsi lena tidurnya? Perlu diingat, dalam pentafsiran jenayah korupsi ia tidak hanya dikenakan keatas penerima, malahan orang yang memberi juga turut tidak terlepas untuk berehat disebalik jeriji besi.
Begitu juga dengan penyebaran borang-borang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta sokongan atau pendirian mereka agar tempoh pelan peralihan kuasa dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Tun Razak ditangguhkan untuk menjadi semkin samar.
Andainya benar telahan saya, kemungkinan besar Abdullah Ahmad Badawi tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam tempoh terdekat. Disamping itu membaca laporan dari perbicaraan pembunuhan model monggel dari Mongolia, Altanttuya Sheribu sepanjang minggu lalu mula menampakkan bagai ada kebenaran Pejabat Dato Seri Najib memang kenal siapa Altanttuya Sheribu sedangkan berkali-kali calon Perdana Menteri itu mengatakan beliau tidak pernah kenal siapa Altanttuya. (lihat kenyataannya di musim pilihanraya kecil Ijok dan Permatang Pauh).

Mungkinkah dengan ujudnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan Suruhanjaya Badan Kehakiman yang diperkenalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi bakal membuka penutup tin yang penuh dengan “cacing” dan kebobrokkan politik pemimpin?
Dalam maksud lain, kemungkinan besar segala-galanya akan terdedah sedikit masa lagi. Dan seandainya ia benar-benar berlaku apakah Dato’ Seri Mohd Najib masih punya kesempatan untuk bercanda di anjung Seri Perdana lagi atau sebaliknya. Biar apapun yang pasti saya merasakan seperti ada “grand design” atau perancangan besar sedang diatur oleh orang keliling Perdana Menteri. Wallahualam.....!
Begitu juga kesan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang baru lalu, ia bukanlah situasi positif bagi kelancaran politik Najib kerana sebagai teraju utama di musim pilihanraya Umum serta dua pilihanraya kecil (Permatang Pauh dan Kuala Terengganu) ternyata rakyat tetap menolaknya bulat-bulat.
Sebagai pemimpin atau pemain utama di ketiga – tiga pilihanraya tersebut beliau gagal dan untuk itu tidak mungkin Abdullah Ahmad Badawi merelakan peralihan kuasa berlaku darinya kepada Najib kerana “bencana dan malapetaka” besar pasti akan melanda Umno andainya ia diterajui oleh najib. Dalam erti kata lain Perdana Menteri harus mempastikan agar kestabilan Barisan Nasional terus terjamin dan beliau tidak boleh melepaskannya sebegitu mudah.
Abdullah Ahmad Badawi harus mencontohi Dr. Mahathir Mohamed yang melepaskan jawatan saat Barisan Nasional berada dikedudukan kukuh hingga membolehkannya memenangni pilihanraya umum 2004 sebegitu besar. Bagaimana mungkin beliau boleh melepaskannya kepada Najib dengan seribu satu masaalah?
Ledakan “Tsunami ekonomi” hingga memaksa hampir satu juta rakyat kehilangan sumber pendapatan juga merupakan tuntutan maha penting bagi Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak bersikap “lepas tangan”. Sebagai seorang pemimpin kebertanggungjawapan harus ada padanya. Sila lihat kenyataan Dr. Mahathir satu ketika dahulu saat negara mengalami krisis matawang yang merudumkan ekonomi di mana beliau menyatakan penyerahan atau peralihan kuasa akan dilakukan olehnya apabila situasi ekonomi kembali pulih.
Dengan ledakan ekonomi yang cukup “mengharu birukan” serta meletakkan negara berada dalam situasi sempang peranang, dengan ujudnya sinario politik merencam menghala kebatang tubuh Najib, dengan ujudnya pelbagai persepsi negatif rakyat terhadap Najib terutama berhubung kes perbekalan di Kementerian Pertahanan dan perbicaraan pembunuhan Alatanttuya Sheribu tentunya bukan “waktu molek” atau situasi tepat bagi Abdullah Ahmad Badawi berundur diri. Sayonara Najibbbbbb...
http://selamatkanumno.blogspot.com/

No comments
Post a Comment