khir oh khir

(Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor mengingatkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya bersikap lebih profesional dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang melibatkan pelaksanaan kerajaan negeri.

Menurut Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengeluarkan sebarang kenyataan Khir perlu mendapatkan fakta yang jelas dan tepat supaya tidak bercanggah.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan Khir yang mendakwa 46 ekor lembu yang dikorbankan di Bandar Tun Razak melibatkan wang kerajaan negeri.

"Sebagai Ketua Pembangkang, beliau mempunyai saluran tersendiri seperti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Mac nanti," tegasnya.

Justeru, tambah beliau gunakanlah saluran itu dengan sebaik-baiknya.

Menurut beliau, pimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak yang cuba meraih politik murahan berkaitan isu tersebut kerana melibatkan insititusi Diraja negeri Selangor.

Khalid menegaskan, melibatkan pihak istana merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkara itu telah dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Image

"Biarlah mereka pihak (SPRM) menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," tegas beliau.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Gerakan Demokrasi Anti Korupsi (Gerak) seolah-olah tidak tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu dengan mengaitkan Tuanku Su

No comments

Powered by Blogger.