Kaitan KJ & Magnum: Apa Cer? islamiknya dia.......


Pekan Rembau, 21 Januari 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak swasta yang sudi menyumbang kepada golongan susah dan memerlukan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.

Pada kesempatan kali ini, Rumah Sejahtera dan Pusat Pemulihan Komuniti Rembau telah menjadi destinasi Magnum Corporation untuk berbakti kepada masyarakat. Program ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau dan MCA Bahagian Rembau.

Pada kesempatan itu, Sdr. Tee Chin Shen, Pegawai Media Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merangkap Exco Pemuda MCA Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas komitmen Magnum dalam membantu golongan yang memerlukan.






p/s: Gambar di atas kelihatan orang Melayu yang menerima sumbangan. Dah miskin sangat ke Baitulmal sehinggakan orang Melayu yang susah di Rembau pun terpaksa menerima ehsan Magnum? Sadis apabila Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau turut menyokong program sebegini. Adakah ini semua disebabkan kekecewaan KJ terhadap Baitulmal sebagaimana kenyataannya sebelum ini Baitulmal Jangan Pilih Kasih, sehingga beliau merelakan bantuan daripada Magnum Corporation? Dulu Anwar main tenis dengan Nalla@Tokey Judi. Sekarang KJ main tenis dengan siapa pulak?

http://paneh.blogspot.com/

1 comment

Unknown said...

Tuan
Kalau tuan tak setuju Magnum beri bantuan maka mudah sahaja, tuan boleh berikan bantuan dari poket tuan sendiri. Kalau tuan tak boleh berbuat demikian, jangan cakap banyaklah. Melayu dan Islam tak akan maju hanya dengan cakap banyak- tak ada praktikalnya.

Powered by Blogger.