khairy ada pun takda untung...cakap je lebih!


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan supaya keseluruhan pentadbiran FAM dirombak semula demi mengembalikan kegemilangan sukan nombor satu dunia itu di negara ini.

Tengku Abdullah berkata selepas meletak jawatan berikutan kekalahan teruk pasukan kebangsaan pada saingan Piala Asia 2007, beliau sudah mendapati kualiti persembahan pasukan negara semakin merudum.

"Kini, ia bertambah teruk. Lebih baik FAM melakukan siasatan secara mendalam untuk mengetahui punca utama sebab kekalahan dan membaikinya dengan secepat mungkin," katanya yang kini menjadi Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Kekalahan yang begitu besar dan mudah dibolosi oleh pasukan kurang ternama sudah menunjukkan bahawa masih wujud kelemahan tertentu, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiga kenderan Hyundai dari Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd kepada PHM di sini, Khamis.

Dalam perlawanan kelayakan kumpulan C Piala Asia AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi, Emiriah Arab Bersatu membelasah Malaysia 5-0.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.