pas akan ambik ganu!

(Hrkh)- Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahukan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP sentiasa dikekalkan. Iklan



Katanya, semangat kerjasama yang erat antara para petugas parti, penyokong termasuk pengundi telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.

Menurutnya, rakyat Terengganu telah menunjukkan sikap keberanian ingin membawa perubahan serta mesej kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat di Kuala Terengganu telah tunjukkan sikap mereka (pengundi) dan keberanian mereka dan yang paling penting telah menghantar mesej yang cukup jelas kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Kemenangan PAS di Kampung Tanjung, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok mengingatkan para pemimpin Umno-BN agar tidak terlalu sombong dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki itu.Ini kerana, katanya kuasa tersebut adalah dating dari rakyat yang memberi mandat dalam pilihan raya setiap lima tahun sekali.

"Jangan kamu (pemimpin Umno) sombong dengan kuasa yang ada pada kamu sebab kuasa kamu itu datangnya dari rakyat dan rakyatlah yang akan menarik kembali kuasa itu seperti yang dilakukan di Kuala Terengganu," tegasnya.

Katanya, semangat dan usaha tersebut perlu dikekalkan sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dengan hasrat PAS mahu kembali berkuasa di Terengganu.

Antara pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat yang hadir sama dalam ceramah itu ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan), Dato? Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

No comments

Powered by Blogger.