mukhriz cakap macam ni? anda faham maksud dia?
KUALA LUMPUR 21 Jan. – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.
Menurutnya, ini termasuk usaha berterusan memastikan barisan kepimpinan baru parti bersifat amanah dan lebih berorientasikan rakyat.
Tambahnya, memang tidak dinafikan terdapat beberapa usaha untuk mengubah UMNO yang telah dilakukan tetapi ia tidak mencukupi kerana kesannya masih kurang dirasai rakyat.
“UMNO tidak harus takut untuk melakukan rombakan secara besar-besaran seperti dituntut oleh rakyat selagi ia tidak bertentangan dengan ideologi dan prinsip perjuangan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
1 comment
Saya rasa maksud dia UMNO sudah teruk parahnya...
Post a Comment