TAJOL MUNAFIK PUNCA NASARUDIN MASUK PKR
Sudah dua hari saya tidak update blog saya kerana kebetulan saya hadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Benta, Pahang pada hari Sabtu lalu. Saya cari cyber cafe di pekan Benta yang kecil itu tetapi di situ tiada cyber cafe jadi saya tidak dapat up-date blog saya.
Sepupu saya, Adik Na nikah dengan orang Kg. Budu, Junaidy. Katanya, Budu melahirkan ramai pemimpin UMNO seperti Tan Sri Zuki Kamaluddin, arwah Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 oleh Mona Fendi, Datuk Suhaimi Ibrahim dan Datuk Sofie Tan Sri Razak.
Seronok juga berada di Benta. Tenang sekejap fikiran saya meninggalkan Kuala Lumpur yang sibuk dengan trafik jam dan pelbagai masalahnya.
Saya terkejut bila membaca berita ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR. Saya pernah wawancaranya pada tahun lepas ketika beliau menjadi Pengerusi FELCRA. Jika beliau kekal di parlimen Parit, mungkin beliau jadi timbalan menteri jika menang semula.
Malah saya masih ingat janji Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli bahawa beliau akan dikekalkan sebagai Pengerusi FELCA jika menang semula di Bota. Tajol tak janji nak lantiknya sebagai Exco Perak jika BN kekal memerintah Perak. Janji untuk kekalkan Pengerusi FELCRA tidak dilaksanakan, manalah Nasaruddin tidak marah. Sebaliknya jawatan itu diberi kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman. Punca Tajol munafik menyebabkan Nasaruddin masuk PKR. Mungkir janji adalah ciri-ciri orang munafik.
Nasaruddin kecewa dan beliau sertai PKR kerana katanya bila menyertai parti kerajaan negeri mudah untuk bantu rakyat.
Sepatutnya selepas BN kalah di Perak, Tajol letaklah jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan beri laluan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memimpin UMNO Perak.
Tajol kena ikut jejak langkah Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas BN kalah di Selangor. Macam mana BN nak menang semula di Perak kalau Tajol masih pimpin UMNO Perak? Bila ADUN BN melompat, ia telah memalukan Tajol sendiri. Oleh itu lebih baik Tajol letak jawatan sahaja.
http://memobelakang.blogspot.com/
takyah la nak marah kat tajol...dia tengah layan perasaan sekarang..orang macam ni patut lagu jiwang rock dulu-dulu..bagi habis aur mata sampai kering...dulu tajol pun urus perak bukan dengan cara baik juga,...banyak pecah amanah yang umno buat...bn rosak sebab umno yang kaparat...makan wang rakyat..rasuah..masalah sosial!
http://memobelakang.blogspot.com/
takyah la nak marah kat tajol...dia tengah layan perasaan sekarang..orang macam ni patut lagu jiwang rock dulu-dulu..bagi habis aur mata sampai kering...dulu tajol pun urus perak bukan dengan cara baik juga,...banyak pecah amanah yang umno buat...bn rosak sebab umno yang kaparat...makan wang rakyat..rasuah..masalah sosial!
No comments
Post a Comment