Raja Ahmad, Hamdi, Ahamad Pakeh ikut jejak langkah Nasharudin?

Oleh black

"
 SEBAIK sahaja Datuk Nasharudin Hashim mencipta kejutan terbesar apabila menjadi Adun pertama BN menyertai PKR, salah satu rangkaian parti dalam Pakatan Rakyat, kini timbul pula desas desus terbaru bahawa Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dan Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dijangka mengikut jejak langkah Nasharudin menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini membentuk kerajaan negeri Perak.


Andai khabar yang bertiup kencang ini menjadi realiti, ia sekaligus menjawab dakwaan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mengatakan terdapat tiga lagi Adun BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak ketika mengulas perkara itu selepas kira-kira 24 jam Nasharudin mengumumkan penyertaan ke PKR berkata, ketiga-tiga Adun itu ialah dari Umno dan pihaknya masih berurusan dan perbincangan terus berjalan. Hakikatnya, kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan mahu menambah lebih ramai pemimpin Melayu dalam parti itu dalam usaha menarik perhatian orang Melayu untuk menyokong matlamat perjuangannya untuk menumbangkan BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang.

Seterusnya sila ke:
http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/2009/01/raja-ahmad-hamdi-dan-ahamad-pakeh-ikut.html

No comments

Powered by Blogger.