2 timbalan menteri 'ceroboh' bilik mayat untuk hapus bukti pembunuhan? ~ Malaysiakini


Dua timbalan menteri akan diambil keterangan oleh Polis Selangor kerana dipercaya 'menceroboh' bilik mayat berhubung kes kematian seorang lelaki ketika dalam tahanan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil kedua-dua anggota Kabinet itu untuk membantu siasatan.

Katanya, tindakan mereka memasuki bilik mayat di Hospital Serdang dipercaya telah menjejaskan bukti dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan nama timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan mereka

Suspek A. Kuhan, 23, mati di Balai Polis UsJ 8 Subang Jaya dan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai dan kematian itu perlu disiasat.

Kelmarin, Khalid berkata, Kugan mati dalam lokap dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mangsa ditahan di hadapan sebuah kondominium di Puchong pada Khamis, pukul 1 pagi, di mana pergelutan berlaku antara dia dan polis sebelum Kuhan ditahan.

Kes kematian Kuhan disiasat dibawah Akta 330 Kanun Keseksaan, katanya.

No comments

Powered by Blogger.