SELAMAT PAGI DATUK!

KUANTAN 22 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Norza Zakaria (gambar) hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh hari ini difahamkan bagi membantu siasatan kes politik wang membabitkan seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau dipercayai telah disoal siasat selama kira-kira lapan jam oleh pegawai SPRM Temerloh.

Menurut sumber, Norza tiba di pejabat berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan mewah dan kemudiannya beredar kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju itu memberikan kerjasama yang baik sepanjang soal siasat dijalankan.

Sementara itu, ketika dihubungi, Pengarah SPRM Pahang, Sutinah Sutan enggan mengulas perkara tersebut, tetapi mengakui terdapat lebih 35 individu yang dipanggil untuk memberi keterangan membantu siasatan kes membabitkan gejala politik wang.

“Kita panggil saksi-saksi yang boleh membantu siasatan. Ia masih dalam proses dan biarlah kami buat siasatan dulu,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, SPRM mula bertindak menangani politik wang apabila menahan 12 individu berhubung gejala itu.

Semuanya yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan di sekitar Maran dan Temerloh bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan ahli politik berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.