tolong bawa air suam untuk khir toyol
Sebelum ini Zahid Hamidi yang terlambat basuh muka meracau-racau apabila menghalang ketua-ketua aegnsi kerajaan pusat menghadiri jemputan agensi kerajaan negeri di Perak. Agensi pusat juga diminta supaya jangan mengiktiraf pengesahan JKKK yang dibentuk kerajaan negeri. Apa silap mata Zahid sukar dikesan, namun apa yang pasti ini politik ‘zaman tok nadoq’, bukan politik pasca kekalahan BN dalam PRK KT.
Terbaru juga, Menteri KEKWA, Dato’ Mohd Shafei Afdal pula berkata mengenai konsert Rihanna, “Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu”.
Konsert Rihanna dibenarkan, maknanya ia selaras dengan budaya Malaysia. Hiburan Malaysia kurang dinamika dan daya kreatif, maka Rihanna diperlukan untuk menyuntik dinamika dan kreativanya. Maknanya juga, akses dinamika hiburan itu ada bersama Rihanna. Mafhumnya, bukan sekadar Dr Asri mantan Mufti Perlis sahaja yang kalah dengan Rihanna, malah sifu M Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, mereka semua adalah penyanyi tanpa dinamika dan kreativa. Rihanna perlu datang untuk menyuntik dinamika itu.
Dinamika hiburan dan kreativanya lebih mahal daripada nyawa penduduk Semenanjung Gaza. Shafie juga nampaknya belum basuh muka lagi dan sudah mula meracau macam Zahid juga.
Terkini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd. Khir Toyo pula berkata, “Jika individu berkenaan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin barulah mereka diserahkan kepada SPRM untuk didakwa mengikut undang-undang”. Ini boleh dikira antara racauan yang paling teruk pasca PRK KT. Agaknya kerana terlalu lama tidur, mungkin 309 tahun macam cerita pemuda penghuni gua. Kalau dia terus meracau begini, alamatnya dia akan kalah dalam 'musabaqah' yang bakal disertainya nanti.
Ketika ketuanya sedang berusaha mempamerkan keperkasaan SPRM sebagai warisannya sebelum berundur, ketika semua orang menumpu kepada keupayaan dan bisa SPRM, ketika semua orang sudah mula belajar untuk melihat SPRM mempunyai upaya yang lebih baik daripada BPR, tiba-tiba Khir menoleh ke belakang dan cuba memberkas SPRM dengan tali Lembaga Disiplin Umno (LDU).
Orang akan berkata begini, "Mengapa Khir takut dengan SPRM, ada apa-apa ke?" Bila itu sudah masuk dalam kepala orang, alamat kedua dia akan kalah dalam 'musabaqah' kelak.
Lembaga Disiplin Umno, itu Umno punya. SPRM, kerajaan punya. LDU nak bertindak, itu dia punya pasal. SPRM pula nak bertindak, itu tanggungjawab dia. Khir bekas MB, takkan sifir ‘kacang’ ini pun tak faham.
Alamak, mula-mula cuma rasa nak garu kepala tapi lepas dengar Khir Toyo meracau, nak terbersin pun ada. Saya pohon jasa baik orang Umno, tolong pimpin tangan Khir, bawa dia ke paip tepi rumah, buka paip itu, pegang tangan Khir, letak bawah paip, suruh dia basuh muka. Kalau tak mahu juga, ketuk kepada dia dengan getah paip.
Jangan lupa bawa sama Zahid dan Shafie, itu pun kalau belum basuh muka juga.
Eh, dinamika dan kreativa hiburan itu apa ya…? Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri".
http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments
Post a Comment