ketinggalan zaman kahkah

(Hrkh) - "Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."

Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru.

"Imej BN hari agak kurang 'menangkap' jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum." kata Khir dalam blog peribadinya.

Malah katanya kempen berasingan Umno untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Sungguhpun tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini. Image

"Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN iaitu pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN," katanya

No comments

Powered by Blogger.