4 bekas Adun Pakatan bersama Najib di Putrajaya

4.45 petang

Empat bekas Adun Pakatan di Perak menyertai sidang media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekejap tadi.

Mereka adalah Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Hip Hong, Jamaludin Abu Bakar (Behrang) , Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Bota, Datuk Nasharudin Hashim yang sebelum ini menyertai PKR.

BN dijangka bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak melalui sidang Dun Perak yang akan mereka panggil.

Di Ipoh, Sultan Perak memperkenankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin menghadap namun tidak mahu menerima yang lain termasuk Exco kerajaan Perak.

No comments

Powered by Blogger.