ada guna karpal ni kawan-kawan

Peguam Karpal Singh (tengah) yang juga Pengerusi DAP memberitahu wartawan keputusannya untuk tidak mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru Perak adalah batal dan tidak sah, ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. Terdahulu, Karpal menghadiri prosiding Mahkamah Persekutuan yang menolak usul lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) untuk menyemak keputusan panel yang menafikan kebebasan mereka.

PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.

Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

No comments

Powered by Blogger.