akhbar babun sahaja yang mengatakan nizar mengalah!

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mohammad Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.

“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.

“Ia bukan sebarang petanda apa-apa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.