Al-Fatihah: MP Bukit Gantang Kembali Ke Rahmatullah..kemaskini - malaysiakini

Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Roslan bin Shaharum yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Bersedia untuk satu lagi Pilihanraya Kecil Parlimen dan kali ini kita bakal berkampung ke Bukit Gantang, Ipoh Perak.


..............................................................................................................................................................................



IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

........................................................................................................................................................................

Baru dapat call, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Roslan Shahrum , meninggal dunia di Hospital Batu Gajah.

No comments

Powered by Blogger.