ambik jangan tak ambik...

SUNGAI PETANI 11 Feb. - UMNO Bahagian Merbok meminta supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 14 tahun diserahkan kepada MIC.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, permintaan tersebut setelah mengambil kira pandangan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahu mengembalikan kegemilangan bekas kubu kuat UMNO itu.

Katanya, kerusi DUN Bukit Selambau diserahkan kepada MIC atas semangat muafakat Barisan Nasional (BN) sejak 1995.

Menurut beliau, kajian terperinci keputusan pilihan raya Mac lalu menunjukkan MIC gagal mempertahankan kerusi tersebut kerana masyarakat India tidak lagi memberikan sokongan.

"Pada masa sama, semakan keputusan mengikut daerah peti undi mendapati masyarakat Melayu yang merupakan pengundi majoriti di situ terus memberikan sokongan kepada calon BN.

"Oleh demikian, kita percaya kerusi itu perlu kembali kepada UMNO kali ini," katanya.


kahkahkah...lama dah kat dia ni dok isap ludah orang..nak cakap tapi tak berani...kahkah

No comments

Powered by Blogger.