apabila babun said bersuara - malaysiakini

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kita akan cadangkan tindakan undang-undang dan sebagainya diambil memandangkan kita mempunyai bukti yang kukuh terdapat penyalahgunaan kuasa bagi kedua-dua kes tersebut.

"Walaupun kita boleh membuat keputusan untuk membuat dakwaan tetapi suruhanjaya merasakan, adalah lebih baik jika Jabatan Peguam Negara yang membuat keputusan.

"Memandangkan is melibatkan orang kenamaan, adalah lebih baik jika kes ini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mungkin ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan rumah kakitangan SPRM, di sini.

No comments

Powered by Blogger.