apabila soi lek bercakap pasal kiamat!

Soi Lek: "Dunia belum kiamat bagi Elizabeth Wong"

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini.

"Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya www.drchua9.blogsport.com hari ini.

"Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya," katanya.

Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007.

Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu.


apek ni dah insaf la tu....jangan nak samakan lu dengan eli pulak...lu tu siap main dah pek...

No comments

Powered by Blogger.