tolong tukar ayat di bawah - malaysiakini

Kenyataan Anwar jejas siasatan SPRM: Ahmad Said


GEORGETOWN: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam mengenai dakwaan rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Adun Kulim menjejaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata demikian di sini, hari ini mengulas dakwaan Anwar terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang cuba merasuah Adun Kulim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Soo Nee untuk melompat parti.

No comments

Powered by Blogger.