babun...perhimpunan ni haram ke tak?

Pemuda BN anjur perhimpunan sokong institusi raja


KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan ’Himpunan Menjunjung Setia-Daulat Tuanku!’ secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Khamis depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perhimpunan pada jam 8 malam itu bukan bertujuan mencipta atau bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi sebagai langkah positif ke arah menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-Raja dan Sistem Raja Berperlembagaan.

“Senario politik terbaru di negeri Perak ternyata membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini. Sehubungan itu, Pemuda BN menyedari keadaan bahawa Institusi Raja ini tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam menghadapi situasi krisis sebegini.


jangan dok jadi babun la..cuba guna otak lain kali..jangan bodoh sangat!

1 comment

Mike said...

Saya nak tanya Hisham ini, apa dia buat masa Tun M dan umno menderhaka kepada Raja pada 83,88 dan 93.

Saya pada masa itu telah meletakkan perkataan "DAULAT TUANKU" pada cermin belakang kereta saya, sebagai tanda support Raja.

Hisham ini sepatut dah kena 'sack' dari kementerian nya awal tahun lepas. Saya rasa sentiment March 08 yang lalu disebabkan angkara Hisham ini.

Apa angkara Hisham ini? Pak Lah, dalam ucapan Budget nya telah mengatakan bahawa 'tiada lagi yuran sekolah bagi 2008". Hisham, sebagai Menteri Pendidikan sepatutnya menghuraikan kepada rakyat apa yang dikecualikan dan apa yang tidak. Ini tidak, sampai ke convention luar negeri pun dia dok kata 'persekolahan di Malaysia free mula tahun 08'. Orang pun belanja lebih lah untuk Raya Puasa, tiba2 bila buka sekolah, kena bayar lebih dari tahun lepas. Marahlah orang pada 'kerajaan penipu'. Lepas tu, si Hisham ni buat susah 'front-liner'. iaitu guru2 sekolah dengan ucapannya yang belit2 kat berita TV, "tak bayar pun takpe, yang dah bayar boleh pi mintak balik dari sekolah".

Kalau saya jadi Pak Lah, saya dah sack mamat ini.

Powered by Blogger.