BAKAQ..HANG MEMANG TEROR! WACAYA SAMALU
Hari ni kita cerita bab buat duit sikit. Dok cerita politik ja. Sungguh, saya tak bohong. Anda baca dengan tenang. Ni peluang buat duit yang terhebat yang pernah saya ketahui. Tidak ada duanya.
Antara kelebihan peluang ini ialah anda tidak perlu mendaftar dengan syarikat saya. Anda tak perlu bayar apa-apa yuran keahlian kepada saya. Malah, anda tidak ada apa-apa ikatan dengan saya. Semuanya anda buat sendiri. Bila dapat puluhan juta nanti, anda ambik semua. Ambik semua!Walaupun ada perjanjian yang telah saya buat sebelum ini, saya dengan ini sekali lagi membuat perjanjian dengan anda bahawa saya tidak akan ambik satu sen pun dari pendapatan anda bernilai puluhan juta itu.Hang jangan main-main, bakaq!Betui, aku tak bohong. Ni aku tunjuk bagaimana caranya.Pertama sekali, dan ini syarat yang sangat penting, anda mestilah mengajak beberapa kawan yang mencukupi bilangan yang disyaratkan untuk menyertai skim ini bersama-sama anda.Syarat kedua, kawan-kawan anda itu mestilah mempunyai jawatan yang sama dengan anda. Ini juga syarat yang sangat penting.Jika anda mempunyai kedua-dua syarat di atas, anda dan kawan-kawan anda mempunyai peluang untuk mencipta pendapatan yang mungkin mencecah puluhan juta ringgit. Bagaimanapun, saya tidak janji anda akan mendapat puluhan juta ringgit.Sebesar mana pendapatan yang akan anda perolehi, semua itu bergantung sepenuhnya kepada kebolehan anda dan kawan-kawan anda untuk meningkatkan pendapatan anda. Anda mungkin perlu belajar the art of negotiation. Anda perlu menguasai strategi, taktik dan teknik perundingan. Perkara itu sangat penting untuk membolehkan anda mencapai pendapatan idaman anda.Anda mungkin tertanya-tanya, kalau jawatan saya sebagai posmen, tentera dan sebagainya, adakah saya layak? Saya memohon maaf kepada anda. Belum ada lagi skim seperti ini untuk anda.Anda mestilah mempunyai jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Anda adalah orang yang paling dicari-cari untuk merebut peluang keemasan ini jika anda adalah ADUN dari mana-mana parti di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.Kalau anda bukan ADUN BN, anda boleh memohon khidmat rundingan dari Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini. Beliau mempunyai banyak pandangan dan idea kepada anda. Beliau adalah penulis ucapan Raja Muda Perak. Anda tentu boleh membayangkan betapa mencurah-curahnya idea beliau.Yang paling layak menyertai skim cepat sangat kaya ini ialah ADUN Barisan Nasional (BN) dari Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.Jika anda ADUN BN dari Kelantan, anda tidak layak sama-sekali! Anda terpaksa mencari peluang lain untuk membuat duit.Baiklah, sekarang saya terangkan step by step cara-cara untuk mencipta pendapatan yang mencecah puluhan juta ringgit itu.Jika anda ADUN BN adari Perak, anda memerlukan sekurang-kurang empat orang kawan yang juga mempunyai jawatan sebagai ADUN BN di Perak, menjadikan kesemuanya lima, untuk menyertai skim cepat sangat kaya ini. Anda mesti berlima. Kalau ada lebih, itu lebih baik.Terlupa pula nak beritahu tadi. Selepas menyertai skim ini dan setelah berjaya mencipta pendapatan puluhan juta ringgit, anda juga akan menjadi emas - anak emas. Malah, anda berpeluag mencipta pendapatan ulangan atau repeat income yang sangat selesa jumlahnya - bergantung kepada kehebatan anda menguasai perundingan.Jika anda ADUN dari Negeri Sembilan,anda mesti mengajak sekurang-kurangnya sekurang-kurang tiga orang kawan yang juga mempunyai jawatan sebagai ADUN BN di Negeri Sembilan. Tidak boleh kurang dari itu. Kalau lebih lagi bagus. Mungkin lebih banyak lagi pendapatan yang akan anda raih.Peluang ini paling terbuka kepada ADUN BN dari Perak dan Negeri Sembilan.Jika anda telah berjaya mengumpul jumlah rakan ADUN anda yang mencukupi, langkah seterusnya ialah memanggil sidang akhbar. Ingat, kalau anda benar-benar menguasai art of negotiation, anda tidak perlu membuat sidang akhbar untuk keluar dari parti anda.Sekarang kita cerita balik mengenai sidang akhbar yang saya nyatakan sebelum ini. Ini bukan sidang akhbar keluar parti lagi. Apa yang perlu anda dan rakan-rakan ADUN anda nyatakan ialah mengenai rasa tidak selesa dengan masa hadapan Umno dan BN. Katakan, anda semua melihat Umno dan BN kian ditolak oleh rakyat dan tidak ada masa hadapan. Tambahan pula Umno, anda katakan ada orang tuduh Umno dan rasuah berpisah tiada. Seterusnya, anda hendaklah menyatakan bahawa anda melihat perjuangan Pakatan Rakyat (PR) kian mendapat sokongan rakyat.Anda hendaklah membayangkan bahawa tsunami seterusnya mungkin menenggelamkan BN dan perkara itu boleh membunuh kesungguhan dan iltizam anda untuk berkhidmat kepada rakyat. "Kami melihat masa hadapan kami berada dalam PR," itu ayat penting.Selepas itu, anda tunggu sahaja. Jika anda ADUN BN di Perak dan Negeri Sembilan terutamanya, anda akan lihat sendiri bagaimana termengah-mengahnya bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berlari-lari datang kepada anda.Pada masa itu, berundinglah untuk mencapai impian meraih pendapatan sehingga puluhan juta ringgit. Bukan itu sahaja, ada jangan lupa bahawa anda juga akan menjadi emas - anak emas. Jika anak emas pandai meminta, anda juga boleh meminta sagu hati bulanan sebagai jaminan anda tidak akan melompat menyertai PR. Anda boleh mencipta pendapatan yang begitu empuk dan selesa dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun.Percayalah! Inilah skim cepat sangat kaya yang terbaik yang pernah saya ketahui. Tunggu apa lagi?! Sertai skim ini hari ini juga!Sekali lagi saya nyatakan, ADUN BN di Kelantan tidak layak sama sekali menyertai skim ini. Bo la demo Umno tu!!

(1).png)

No comments
Post a Comment