cEpAt JuGa SPeRMa aMBiL TiNDaKaN..BaGaiMaNa RaKYaT YaKiN KaLau BeGiNi CaRaNYa…- malaysiakini


kalau ikut laporan di atas, saya cukup terkejut kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPeRMa telah berjaya menyiasat kes ini sehingga mereka telah bersedia untuk mendakwa pihak yang berkenaan. Namun begitu, SPeRMa masih lagi gagal untuk membawa PM dan TPM ke mahkamah atas tuduhan rasuah politik kepada hampir semua ketua cawangan UMNO yang telah mengadakan perjumpaan dengan mereka di PWTC tahun lalu dan implikasinya pihak yang melaporkan kes ini telah dipecat keahlian UMNO mereka. Tragisnya UMNO kerana terus bersikap celaka seperti ini. Bagaimana akar umbi hendak menerima perjuangan UMNO lagi kalau hak-hak untuk bersuara dinafikan dalan konteks sebuah parti yang mengamalkan demokrasi ini.

Mengapa perlu wujud double standard dalam mengambil tindakan seperti ini? Kenapa perlu ada satu ’speciality’ dalam mengendalikan kes-kes seperti ini? Kenapa mahu terus mengundang kebencian rakyat terhadap kerajaan sedia ada?

Kalau soal lembu korban yang menjadi kesalahan, kenapa bila Kerajaan Perlis yang secara nyata menggunakan peruntukan negeri untuk membuat perkara yang sama tidak pula diambil apa-apa tindakan sedangkan ia sudah terang dan dipaparkan dalam sisipan Warta Perlis yang diedarkan secara percuma ke seluruh negeri termasuk di SPeRMa Cawangan Perlis seperti yang dilampirkan dalam gambar yang berikut:-

Secara tuntasnya, berlaku adillah kepada semua golongan, jangan BILIS sahaja yang ditangkap cepat, JERUNG pula dibiar lepas…Barulah majoriti RAKYAT yakin dengan suruhanjaya ini.

JADI???!!! APA SPeRMa TUNGGU LAGI…SIASATLAH MANA TAHU INI JUGA FITNAH KABIR YANG TAK BOLEH DILAYAN?

thx!

p/s: Tunggulah sampai kiamat pun, kalau UMNO buat, bukan RASUAH…

http://perfectwater75.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.