CERITA DISEBALIK CERITA KUALA KANGSAR

 Rasanya dah lebih dua minggu tragedi ngeri yang berlaku di Perak dikupas oleh pelbagai pihak.Masing-masing cuba menegakkan hujah masing-masing.Apa yang menarik ialah cerita di sebalik cerita yang telah diceritakan oleh rakyat marhain yang mungkin benar atau mungkin hanya rekaan,Allah sahaja yang mengetahuinya

1. Kisah YB Bota masuk PKR
Diriwayatkan itulah tugas YB Bota itu untuk menghalalkan tindakan BN menarik 3 adun Pakatan Rakyat menyertai mereka.Ketiga-tiga mereka memang sudah lama ditawarkan untuk menyertai BN dengan upah yang
lumayan.Disebabkan itu YB Bota itu diarahkan untuk menyertai PKR buat sementara supaya orang ramai dapat melihat jika Pakatan Rakyat boleh menerima Adun yang melompat mengapa BN tidak boleh. Jadi BN berpendapat isu ini akan dimainkan oleh media massa seolah-olah mereka tidak bersalah langsung. Jadi apabila ketiga-tiga mereka mengistyiharkan keluar Pakatan Rakyat dan menyokong barisan maka YB Bota inipun terus kembali kepada UMNO.

2. Kisah kaum Cina dengan pemberian tanah kekalnya
Sesuatu yang pelik ialah seolah-olah di Malaysia ini, kaum Cina digambarkan oleh media massa dan pihak UMNO seolah-olah bukan rakyat Malaysia sehinggakan pemberian tanah menjadi satu isu besar di Perak. Sehinggakan MB Nizar dianggap boneka DAP.Tapi yang peliknya apabila Nicol Ann David dan Lee Chong Wei menjadi pemain nombor satu dunia,maka puak UMNO pun berbangga menyatakan inilah rakyat Malaysia.Apabila Bukit Genting diserahkan kepada jutawan Cina, Lim Goh Tong, mereka senyap aje.Yang menariknya MCA dan Gerakan diam membisu. Maka berjayalah puak UMNO melanyak minda kaum Melayu bahawa tanah di Perak itu hak orang Melayu sahaja sehingga apabila kerajaan pakatan rakyat runtuh, orang kampung berkata,inilah payahnya bila kerjasama dengan Cina.Padahal yang menghantar barangan keperluan di kedai-kedai Melayu tu dah tentunya tauke Cina.

3. Sultan Azlan marahkan DAP di Pulau Pinang
Dikatakan lagi punca Sultan Azlan bertindak demikian kerana syarikat Gamuda milik anakandanya Raja Reena mengalami kerugian apabila 2 kali projek yang diusahakan ditangguhkan sebanyak 2 kali.Apapun wallahuaklam.

4. Punca Najib tak jadi ke SJKC YukChui untuk sambutan Tahun Baru Cina
Diceritakan orang ada pihak yang telah menyediakan seekor babi dan terompah gergasi untuk Najib. Oleh sebab itu, pihak MCA telah meminta agar Najib pulang ke Kuala Lumpur ,walaupun telah sampai di Ipoh.Entah benar entah tidak.Tapi itulah yang hangat diceritakan.

5. Polis tak berani tangkap hamba Allah yang baring di atas jalan masa
kecoh kat Kuala Kangsar

Banyak juga yang menceritakan bahawa pihak polis tu tak berani menangkap hamba Allah yang berbaring di atas jalan bagi menghalang acara angkat sumpah hari tu. Dikatakan pihak polis tidak mahu menanggung risiko menangkap mereka kerana mereka tu mempunyai ilmu yang tinggi dan dikatakan boleh membuka pintu jel dengan mudah sahaja.

6. Y.B Ngeh Kor Ham cucu Chin Peng
Menurut mereka,punca utama Sultan tak nak pakatan kerana Y.B Tajol Rosli pernah membawa seorang lelaki Cina tua yang mengatakan bahawa Y.B Ngeh ialah cucu Chin Peng.Jadi Sultan terkejut dan memang tak berkenan langung pada Chin Peng dan suku-sakatnya.Jadi bila jadi kes macam ni,Sultanpun gunakan kuasanyaitu.

7. Punca Dr.Zambry jadi MB Baru
Kata mereka, tujuannya untuk menghapuskan pengaruh MB Nizar di Dun Pasir Panjang dan kerana wakil MIC tak ada dalam kerajaan BN di Perak.Jadi sebab kulit Dr.Zambry agak gelap sikit,diharapkan dapat menarik kembali sokongan kaum India kepada BN

8. Ujian Allah pada PAS sebenarnya bukan pada PKR dan DAP
Kata mereka sebenarnya inilah ujian sebenar Allah pada PAS supaya para pemimpin dan penyokongnya terus beristiqamah dalam perjuangan.Jangan lupa diri apabila menerima kemenangan kerana PAS menyertai politik ialah untuk menyebarkan dakwah.Allah tidak mahu para pemimpin PAS leka atas jawatan yang diamanahkan. Secara simboliknya masyarakat mula mengagumi sifat amanah yang ada pada para pemimpin PAS

9. Kawasan yang ADUNnya melompat diserahkan kepada PAS
Mereka juga mengharapkan agar kawasan-kawasan yang ADUNnya melompat parti diberikan kepada PAS agar kepercayaan para penyokong dapat dikekalkan.Mereka merasa bimbang,jika kerusi itu diberi kepada PKR lagi,takut-takut pisang berbuah dua kali.Apapun itu atas persetujuan para pemimpin atasanlah.

Apa yang tertulis ini janganlah dipercayai seratus peratus.Tapi itulah antara cerita dalam cerita apa yang berlaku di Perak.Lagi banyak kita bergaul dengan rakyat marhain, maka macam-macam ceritalah yang kita dapat.Cuma kadangkala kita terfikir betulkah cerita iniataupun hanya bersifat sandiwara.Pada mereka yang terlibat jika tidak benar saya memohon ampun dan maaf kerana saya hanya menulis berdasarkan cerita-cerita yang macam betul tapi hakikatnya entah,apapun 'Lu Fikirlah Sendiri'

TEPUK DADA DAN PASTU TANYA IMAN!

No comments

Powered by Blogger.