DS Nizar boneka DAP?


Tidak habis-habis BN dengan fitnah dan pembohongan mereka. DS Nizar kata mereka boneka DAP. Cina diberi tanah. Cina mengaut keuntungan dibawah DS Nizar.

Tanah yang diberi kepada sekolah Cina turut diberi kepada sekolah agama. BN hanya cerita apa yang masyarakat Cina dapat kerana ingin timbulkan semangat perkauman yang tidak tentu punca. Mereka tak cerita tanah yang diberi kepada sekolah agama. Sama luas. Sama status.

Begitu juga dengan tanah Bandar baru yang diberi geran. Orang Cina yang dapat kata pihak BN. Yang peliknya, tidak pula disebut hal tanah Kampung tersusun yang juga diberi geran. Orang Melayu pula yang mendapatnya. Jauh lebih ramai.

Sudah pasti juga tidak diceritakan ialah soal kenaikan gaji guru-guru agama sekolah KAFA. Dulu hanya kerajaan Pusat beri gaji RM 600. Kerajaan BN Negeri Perak beri ZERO. Kerajaan PR Negeri Perak kemudiannya memberi RM150 selepas kemenangan di Perak Tetapi, menurut Zahid Hamidi pula di dalam Parlimen,” RM 600 lebih besar dari RM 150”! Betul Yob tapi kita banding RM 150 dengan ZERO bukan dengan RM 600. Kalau PR memerintah di peringkat Pusat kita boleh pula usaha bagi RM 1,000! RM1,000 lebih dari RM 600! Baru betul perbandingannya.

Alkisah tersebut juga betapa seorang bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, bertahun-tahun memohon tanah untuk sekolah agamanya. Ditolak setiap kali. Bukan beribu ekar yang dipohonnya, tetapi hanya 15 ekar supaya anak-anak muridnya dapat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil untuk sekolah pondoknya. Si Tajol menolak dan terus menolak. Jatuhnya BN di Perak. Permohonannya diluluskan. Harap-harap telah sempat diwartakan sebelum juak-juak UMNO ni kembali berkuasa. Mereka hanya meluluskan untuk mereka sahaja!


http://www.khalidsamad.com/2009/02/ds-nizar-boneka-dap.html

1 comment

goddamn those who should b damn said...

umno laknatulah sanggup lakukan apa sj demi kekalkan kuasa depa,harap2 ALLAH berikan rahmat kpd org melayu yg masih kurang bijak dan taksub dgn umno yg jahanamkan islam di mata dunia.

Powered by Blogger.