duit dah banyak labur...tak mungkin batal- malaysiakini

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan bermula 24 Mac ini akan ditangguh berikutan dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada April ini.

"Siapa kata (akan ditangguh)...tidak ada. Ia akan berlangsung seperti yang dijadualkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mengenai hal-ehwal kaum India di Parlimen di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan pada 24 hingga 28 Mac ini bakal menyaksikan pemilihan bagi jawatan tinggi dalam parti.

Dua pilihan raya kecil akan diadakan pada 7 April ini melibatkan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Roslan Shaharum pada 9 Februari lalu, manakala bagi DUN Bukit Selambau disebabkan ADUN kawasan itu, V.Arumugam meletak jawatan.

No comments

Powered by Blogger.