dulu libatkan raja..sekarang libatkan mufti pula

IPOH 11 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, beliau belum terfikir untuk terlibat dalam politik dan menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Katanya, buat masa ini, beliau lebih selesa dengan jawatan yang disandangnya itu.

“Saya tidak terlibat dengan politik, minta maaf lah,” katanya ketawa kecil ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia dalam ruangan Cuit tulisan Zaini Hassan hari ini menyarankan Barisan Nasional (BN) menampilkan Mufti Perak kerana beliau dilihat sebagai calon terbaik kerusi tersebut.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, meninggal dunia akibat serangan jantung Isnin lalu.

Harussani bagaimanapun menasihatkan pengundi di kawasan terbabit supaya melaksanakan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat dengan cara yang baik.

“Pilihlah yang terbaik, politik ini hak masing-masing. Jangan bergaduh, sebaliknya kita kena terima (sesiapa yang menang) nanti dengan cara baik,” ujarnya.

Beliau berkata, pergaduhan sesama sendiri adalah dilarang dalam syarak, selain ia hanya akan merugikan masyarakat setempat itu sendiri.


kahkah...nampak sangat takda calon...konon nak cari yang lebih islamik ke? najib ada...zambry ada...khairy ada...semua tu mana makan benda haram..benda haram pun depa tak sentuh kahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.