h Nizar berceramah di depan mahkamah - Bukan kisah di Utusan & Berita Harian

YB Nizar ada karisma seperti DS Anwar Ibrahim


Seawal jam 9.30 pagi saya telah keluar menuju ke mahkamah Kuala Lumpur yang terletak di jalan Duta untuk memberikan sokongan pada MB sah Perak, YB Nizar yang akan failkan saman mencabar perlantikan MB Perak yang baru.Semua disarankan memakai pakaian serba hiam tanda berkabung dengan kematian demokrasi d Perak.


Alhamdulillah tempat letak kereta tidaklah padat sangat.Sebaik saja sampai, ramai wartawan dan jurugambar telah menanti di lobi Mahkamah. Polis dan SB meramaikan lagi penyokong YB Nizar yang popular itu.Sementara menunggu YB Nizar tiba, kami sempat mengabadikan beberapa pos istimewa sebagai kenangan bersama YB Dr Lo Lo.


Orang ramai seperti tak sabar menunggu ketibaan MB Perak yang dikatakan "derhaka" pada Sultan itu. Saya gunakan kesempatan yang ada untuk memegang sepotong kain bertulis "POHON BUBAR DUN"... tetapi tulisan tu kecil sangat, tak berapa jelas.Namun jurugambar berebut-rebut mengambil gambar kain yang bertulis tu...




Ketibaan YB Nizar(berbaju hijau muda) disambut bagaikan pengantin "wedding of the year".Wartawan dan jurugambar berlari-lari kearah MB Sah Perak yang nampak lembut tapi tegas ini, hingga beliau terpaksa berhenti beberapa kali untuk membalas lambaian orang ramai yang hadir memberi sokongan .Beliau berhenti seketika di tangga lobi untuk memberi peluang wartawan mengambil gambar dan menjawab pertanyaan mereka.Semua orang bertepuk tangan menggantikan "standing ovation" yang sepatutnya diberikan pada beliau.Kemudian beliau dan rombongan exco Perak yang sah telah masuk kedalam bangunan dan terus naik ke tingkat satu kompleks itu.


Sorakkan dan tepukkan tangan terus bergema di seluruh bangunan Mahkamah.Saya menganggarkan, kakitangan mahkamah juga sibuk keluar dari bilik pejabat masing-masing untuk melihat YB Nizar secara "live".YB Nizar ternyata seorang ahli politik baru yang berkarismatik.Seorang peguam berbangsa China disebelah saya berkata, dia bijak dan ada daya tarikan seperti DS Anwar Ibrahim!!!

Sebaik saja selesai menyerahkan fail saman, beliau berdiri di balkony dan membaca doa.Antara kandungan doa itu ialah, semoga Allah hancurkan kezaliman yang sedang melanda rakyat ketika ini.Kemudian beliau turun untuk mengadakan sidang akhbar di tangga mahkamah.


YB Nizar menerangkan mengenai kedudukan jawatan MB dari sudut perlembagaan serta menegaskan kenapa beliau mefailkan saman terhadap MB dari BN. Beliau seolah-olah mengadakan ceramah pendek dihadapan wartawan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.Setiap soalan wartawan dijawab dengan cermat dan ringkas, hinggalah akhirnya beliau sendiri yang bertanya pada wartawan "is there anything else?? "membuatkan wartawan dan semua yang hadir terpaku seketika dan kemudian tersenyum...


Patutlah orang Perak tanpa mengira kaum "admire" dengan cara percakapan dan pembawakan diri beliau. Untuk cerita lanjut, boleh lawati Malaysiakini dan Harakahdaily.....

http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2009/02/kisah-nizar-berceramah-di-depan.htm

No comments

Powered by Blogger.