Isu Karpal Dieksploitasi Untuk Menutup Kerajaan Haram Perak-malaysiakini

Oleh puyuh

" Isu saman terhadap Sultan Perak oleh Karpal Singh semakin galak dieksploitasi oleh media massa perdana untuk menunjukkan kesetiaan kepada Raja Berperlembagaan. Pelbagai organisasi seperti Pemuda UMNO, PEKIDA, MTRK dan lain mula berdemonstrasi dengan amannya dengan restu pihak berkuasa walaupun mereka sendiri mengutuknya.

Perhatikan sikap 'double standard' pihak berkuasa terhadap demonstrasi di Masjid Ubudiah, yang membantah pembentukan kerajaan haram Perak sehingga sanggup menembak dengan gas pemedih mata hingga ke dalam masjid. Namun apabila Karpal mahu menyaman Sultan Perak, mereka mula menggunakan pelbagai slogan dan sikap berbaur perkauman. Isunya Sultan boleh disaman sebagaimana yang dijelaskan sendiri oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenapa mereka tidak menjerit supaya kerakyatan Tun Mahathir dilucutkan sama seperti Karpal ? Tun M juga adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu ketika berkuasa di dalam UMNO. Pada waktu itulah, media kerajaan menyerang Raja-raja Melayu dengan membongkarkan pelbagai salahlaku Raja-raja Melayu. Adakah tindakan ini KURANG BIADAP berbanding Karpal yang hanya mahu menyaman ? Standard Chartered Bank juga pernah menyaman DYYM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tahun lepas dengan sejumlah wang yang besar. Kenapa pada waktu itu tiada pihak yang mencadangkan supaya Standard Chartered Bank diboikot ? http://rockybru.com.my/2008/11/die-hard-hero-sees-red-over-green.html

Mungkin ada pihak berhujjah bahawa Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara yang sudah tentu lebih arif tentang perlembagaan negeri Perak dalam perlantikan dan perlucutan kuasa Menteri Besarnya. Namun harus diingat bahawa Karpal Singh juga adalah peguam berpengalaman besar dalam undang-undang Malaysia. Maka biarkan sahaja MAHKAMAH menentukannya, usah ada pihak yang cuba memainkan isu ini bagi menutup ISU SEBENAR iaitu PENUBUHAN KERAJAAN BN DI PERAK, HALAL ATAU HARAM ?

Isu perkauman ini akan terus diperbesarkan oleh media masa lebih-lebih lagi menjelang PERANG ANTARA 2 BUKIT : BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU. Pihak PR perlu mengaktifkan dengan lebih hebat saluran maklumat melalui media SIBER dan WEB TV bagi meneutralkan RACUN PERKAUMAN yang di sebarkan oleh media masa perdana seperti akhbar dan TV.

No comments

Powered by Blogger.