Jika anda Elizabeth, apa yang ada akan lakukan?- malaysiakini




SHAH ALAM, 16 Feb: Apa yang anda akan buat jika anda sedang tidur di bilik tidur rumah anda, tiba-tiba sesaorang telah mengambil gambar anda yang terdedah di sana sini itu.

Gambar yang tidak sopan itu kemudiannya dihantar kepada media dan media kemudiannya menekan anda mengenainya.

Inilah yang dihadapi oleh Exco kerajaan negeri Selangor yang juga Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Beberapa hari lalu, beberapa akhbar di negara ini mula menerima gambar tidak sopan Elizabeth itu.

Menyedari hal ini, malam tadi Eli telah membuat laporan polis di Petaling Jaya dan meminta polis menyiasat hal ini.

Ekoran kejadian ini juga, Exco Selangor itu dikatakan menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu agar meletakkan jawatannya sebagai Adun bahkan ada yang mendesak beliau meninggalkan partinya.

Kejadian ini berlaku ketika kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor ditekan hebat oleh BN selepas berjaya merampas kuasa di Perak baru-baru ini.
Ekoran itu, ada pihak yang beranggapan, tindakan ini adalah dalam usaha untuk menekan Elizabeth meletakkan jawatannya sebagai Adun.
Dan sebagaimana dijangka, Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo datang dengan kenyataannya, "Wong mesti meletakkan jawatannya."

"Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

"Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya," kata Khir sebagaimana yang dilaporkan Malaysiainsider.com.

No comments

Powered by Blogger.