kan aku dah kata ni kerja najib - malaysiakini

Mahkamah batal waran tangkap ADUN Changkat Jering

IPOH:Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, Mohd Osman Jailu selepas dia mengemukakan surat cuti sakit kepada mahkamah.

Pada 10 Februari lalu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Osman kerana gagal hadir perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Majistret Sharmila Abdul Samad yang menggantikan Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng kerana menghadiri satu seminar, menetapkan 13 April ini sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu adik Mohd Osman, Noriza, yang bertindak sebagai penjamin tertuduh, abangnya tidak dapat hadir selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah jantung.

Sehubungan itu, katanya, sijil cuti sakit gagal diperoleh kerana abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Jazamuddin Ahmad Nawawi kemudian memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd. Osman.

Bekas ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini merupakan calon Bebas itu menghadapi tuduhan rasuah mempercepatkan kelulusan permohonan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama tiga lagi tertuduh yang lain iaitu bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias; Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat dan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan.

No comments

Powered by Blogger.