kat mana nak minta MC kawasan behrang dan changkat jering?

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Changkat Jering dan Behrang, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri untuk perbicaraan kes rasuah mereka yang dijadualkan hari ini.

Oleh yang demikian satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Osman.

Beberapa panggilan yang diterima mStar Online memaklumkan Osman kini dimasukkan ke hospital.

Namun usaha untuk menghubungi Osman bagi mendapatkan pengesahan masih gagal.

Sementara itu menurut peguam Jamaluddin, anak guamnya tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan dan surat sakit juga telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

No comments

Powered by Blogger.