kekebalan rakyat atau kekebalan umno? - malaysiakini

Kalaulah saya tulis seperti di bawah, dah lama entah berapa ASP dan berapa Inspektor jemput aku tengah-tengah malam buta pergi berehat dengan kawan-kawan dalam lokap. Orang bukan Melayu selalu tuduh saya ada hak-hak istimewa sebab saya Melayu. Memanglah ada. Antara hak istimewa anak-anak saya ialah depa dibolehkan berhutang kepada PTPTN.

Tak kira apa bangsa anda, jangan cuba-cuba tulis seperti di bawah melainkan anda orang Umno. Jika anda Umno, anda mempunyai hak-hak istimewa untuk tulis dan kata apa saja. Selamat menikmati hak-hak istimewa Umno!!! (Berkaitan: Umno derhaka kepada Allah, Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?, Umno dulu, kini dan selamanya penderhaka, Umno penderhaka kepada Sultan, Penderhaka tuduh Nizar derhaka dan Inilah sebenarnya penderhaka)



Empat resolusi Umno mengenai istana

Datuk Zainal Sakom sebagai mewakili Umno Selangor, telah membentangkan 4 resolusi di Perhimpunan Agung Umno mengenai Raja-Raja Melayu dan resolusi itu telah diterima oleh Perhimpunan Agung Umno. Resolusi itu adalah seperti berikut:

1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja secara lansung atau melalui "Kapitan Cina".

2. Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka yang terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.

3. Meminda perlembagaan 1957 (Merdeka Constitution) supaya kuasa muthlak melantik Menteri Besar ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco), setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

4. Supaya Perhimpunan Agung Umno memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Dr. Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu Raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu. (Dari blog Rahim Kassim)

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/selamat-menikmati-hak-hak-istimewa-umno.html

No comments

Powered by Blogger.