Komitedlah Pada Perjuangan... - malaysiakini


Salam semua…

Ini adalah kali ketiga UMNO menjalankan cara tipu daya nak mengambil kuasa.. kali pertama tahun 1961 ketika kerajaan Kelantan PAS memerintah.. 4 orang ADUN PAS mereka culik selama sebualan. tetapi rancangan ini tak berjaya.. kali kedua kat Terengganu kektika PAS memerintah dengan majoriti kecil juga, mereka culik arwah Dato’ On dan mereka berjaya menyebab mereka dapat mengambil alih Terengganu.

kali ketiga kali ini pula berlaku kepada kerajaan negeri Perak.. Apa pun ikut pada segi teori mereka masih belum lagi dapat kuasa sehingga menunggu perkenan Sultan, mengikut apa yang dicerita oleh Sifu aku sebentar tadi selepas MB Nizar betemu pada pukul 4 ptg tadi, beliau telah menerangkan kepada Sultan dari seluruh aspek, dan Sulta pun mendengarnya dengan membuatkan Sulta meminta tangguh, akhir sekali bila MB Nizar nak keluar Sulta mengingatkan MB Nizar dengan membaca ayat “Innallah ha maas sabirin.” Apa maksud sultan hanya Allah saja yang maha mengetahui niatnya… Selepas itu pada jam 6.00 Najib pula pergi mengadap.. dan dengar ceritanya itu pun Sultan minta tangguh dulu untuk melihat dari segi aspek perundangan.. wallahhuaklam katanya.. tapi aku dah bertekad kalau Sultan Azlan mengikut kata UMNO dengan tidak membubarkan DUN maka pada setiap Jumaat doa dalam Khutbah keduanya aku tak kan mengaminkan doa untuknya..berdoalah hangpa kalau hang nak berdoa kat dia.. INI TEKAD AKU.. Bagi aku Raja yang adil raja disembah.. kalau raja macam UMNO juga pigirahhhhhh.

Apa pun nasihat sifu aku apa pun terjadi itu ada hikmahnya.. mana tau mungkin lebih baik kita jadi pembangkang pula..ini semua kerja ALLah, hanya DIA yang mengetahui segala-galanya.

Disatu sudut perkembangan untuk PAS terang lagi nyata.. Orang DAP pun ada belot, begitu juga PKR… jadi yang taat setia ADUN PAS.. Tahniah PAS.. Sebentar tadi seorang Ahli Keadilan Lumut, bekas (Wakil Calun Parlimen PKR Lumut) dah minta borang PAS nak jadi ahli PAS pula.. alhamdulillah,, mereka dah nampak mana yang jelas perjuangan..

-Manjung Mari

No comments

Powered by Blogger.