Kudita: Nizar sertai demo di Masjid Kg. Baru selepas Jumaat

Petaling Jaya 13 Feb. 12.40pm | Dimaklumkan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin akan menyertai perhimpunan aman membantah tindakan kudita UMNO/BN Perak di Majlis Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas solat fardhu Jumaat.

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Sdr. Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat tersebut secara tidak rasmi, namun beliau tidak dapat kenal siapakah pihak penganjur perhimpunan tersebut.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak melakukan apa-apa tindakan mobilisasi mahasiswa dan rakyat, jika benar khabar angin tersebut.

Namun, beliau tidak menolak akan ada partisipasi pemimpin-pemimpin mahasiswa di sana selepas Jumaat kelak, kerana pendirian mahasiswa jelas iaitu berpihak pada kebenaran dan menentang sebarang bentuk pencabulan demokrasi di Malaysia.

Tindakan kudita atau rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh UMNO/BN dilakukan pada Jumaat lepas -mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.