LIVE DARI RUMAH MB: SENTIASA KEMASKINI...TOLONG TEKAN REFRESH


http://politikbanjar.blogspot.com/



http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/nizar-jangan-pijak-kepala-rakyat.html




Dato Seri Menteri Besar Perak telah memulakan ucapan penuh semangat dengan laungan takbir dan sokongan padu dari lautan rakyat, hingga gema laungan itu benar-benar mengegar jiwa. Takbir ! Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan bahawa sudah sampai masa dan ketika rakyat mesti berganding bahu bersama-sama untuk meningkatkan martabat, dan imej negeri yang kian hancur diamuk oleh ketamakan kuasa Umno-BN yg inginkan kuasa.

Ujar beliau penuh semangat, martabat dan imej itu akan dapat dipulihkan dan ditingkatkan dengan mendesak pembubaran DUN Negeri Perak sebagaimana peruntukan itu wujud dalam Perlembagaan, hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.

Gema suara semangat rakyat yang hadir melaungkan kembalikan hak negeri perak kpd rakyat,

YAB MB Perak meletakkan kesalahan kepada apa yang berlaku kepada TPM, Dato' Najib untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya suara rakyat yang bangun mendesak diadakan pilihanraya di negeri Perak menunjukan 'signal' yang jelas kepada BN, agar jangan berlaku biadap kepada rakyat, dengan mengenepikan kuasa rakyat.


Beliau juga berkehendak agar berlaku adillah kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sah melalui pilihanraya setelah DUN dibubarkan bagi menyatakan kerajaan mana yg benar-benar sah namun Dato' Najib telah merampas kuasa dan menolak kehendak rakyat Perak.

.............................................................................................................................................................................

IPOH : Bahawa keputusan dan yang dibuat adalah untuk menaikan martabat dan menaikan imej dengan menyerahkan kepada rakyat dengan diadakan pilihanraya semua.Demikian antara ucapan MB Perak, DS Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya sebentar lagi.

Belia berkata kita nyatakan adalah mengembalikkan hak kepada rakyat yang telah diharu biru oleh Najib.

Dia juga memberi amaran jangan berlaku biadab dengan rakyat Perak, dan jangan pijak kepala rakyat.

Apa yang berlaku adalah rampasan kuasa dan diketahui oleh seluruh dunia dan seru tinggalkan perjuangan BN dan bangunkan supaya kita nyahkan BN dari bumi perak.

Mohon dari Allah dan bermunajat supaya Allah selamatkan negeri Perak.

No comments

Powered by Blogger.