MB haram buat terkejut pulak

Zambry anggap tindakan Speaker pelik

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata beliau akan mendapatkan pandangan pakar perundangan sama ada perlu atau tidak menghadirkan diri bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan.


Zambry mengulas pengumuman Sivakumar yang merujuk beliau yang juga Adun Pangkor dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu, kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa menghina Dewan.


Enam Exco berkenaan adalah Hamidah Osman (Sungai Rapat), Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan semalam berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah, Ramly, Dr Mah, Saarani, Mohd Zahir dan Zainol Fadzi sudah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Sivakumar berkata, keputusan itu berikutan surat aduan yang diterimanya daripada Adun Canning, Wong Kah Woh, Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa menghina Dewan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.