Najib tunggu jawatan PM, tak kisah kalau kalah di Bkt Gantang & Selambau

najibun

Najib dan Rosmah kini membilang hari untuk memanjat kerusi Perdana Menteri Malaysia yang dijangka akan menjadi miliknya pada akhir bulan Mac ini. Pengumuman Dollah pada tahun lepas untuk berundur tahun ini mengukir senyuman yang tidak terhingga buat Najib dan Rosmah.

Dijangkakan juga pada awal Mac nanti Pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan berlangsung. Selalunya, Najib akan mengetuai Jentera BN dalam mana-mana Pilihanraya Kecil tetapi untuk dua kerusi ini belum pasti lagi memandangkan Najib masih trauma dengan kekalahan di Permatang Pauh dan paling mengecewakan adalah kekalahan dikubu BN sendiri, Kuala Terengganu.

Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak dilihat semakin tamak setelah merampas Kerajaan Pakatan yang dipilih rakyat pada awal Februari ini.

Selain itu, Najib juga diselubungi oleh pelbagai Skandal yang masih gagal dibawa ke Mahkamah seperti kes pengeboman Altantuya, Kes EuroCopter, Kapal Selam, Projek PLKN dan sebagainya.

Ramai yang menuduh beliau, namun segala laporan rasuah dan tuduhan itu tidak dilayan oleh BPR, SPRM, Polis dan mahkamah. Najib dilindungi atas kekuatan pengaruhnya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Sebab itulah rakyat makin khuatir jika Najib mengantikan Dollah kerana ternyata beliau lebih banyak skandal berbanding Dollah. Negara juga dijangka akan diperintah ala kuku besi.

Baru sahaja merampas Kerajaan Perak, Najib sudah tunjukan sikap diktaktornya dengan mengarahkan Kementerian Dalam Negeri merampas semua akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Polis pula diarah untuk tidak mengeluarkan permit Ceramah.

Kerisauan rakyat jelas terpampang dan akan menjadi lebih buruk sekiranya Najib dibiarkan berkuasa.

Oleh itu satu Gerakkan Rakyat bagi menghalang Najib menjadi PM wajar dijalankan. Rakyat perlu pujuk Dollah untuk terus memegang jawatan PM itu. Rakyat tidak kisah jika Dollah mahu serahkan Jawatan Pengerusi Umno dan BN pada Najib. Tapi rakyat tidak mahu Dollah beri jawatan PM pada Najib.

Harap Dollah dengar permintaan rakyat dan tidak mengadaikan negara hanya kerana ingin melepaskan diri dari tekanan rakyat atau kerana kegagalan beliau menguruskan kemenangan Umno-BN selama ini.


http://dppwp.wordpress.com/2009/02/13/najib-tunggu-jawatan-pm-tak-kisah-kalau-kalah-di-bkt-gantang-selambau/

No comments

Powered by Blogger.