najub bercakap pasal bukti - malaysiakini

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, BN tidak terlibat sama sekali dalam skandal tersebut malahan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

''Kalau nak menuduh apa buktinya, jangan cakap begitu sahaja, sewenang-wenangnya tanpa memberikan sebarang bukti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa penyebaran gambar bogel Elizabeth sebagai konspirasi terbaru BN terhadap pembangkang.

Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak iaitu Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.

Najib menegaskan, kalau PKR tidak mempunyai bukti jangan sekali-kali membuat tuduhan.

Elizabeth, 37, semalam menawarkan diri untuk meletakkan jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri.


yang altantuya tu orang dah tutup gak bukti bro... lu jangan lupa jib..hang tu najis penuh kat dalam mulut!

No comments

Powered by Blogger.