nak duit...bagi duit..ambik duit...- malaysiakini

Miti minta RM5 bilion dalam Bajet Mini


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memohon peruntukan tambahan kira-kira RM5 bilion kepada Kementerian Kewangan dalam bajet mini yang akan dibentangkan 10 Mac ini bagi membantu sektor pembuatan dan perkilangan yang dijangka terjejas berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permohonan itu sudah dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Katanya, peruntukan tambahan itu termasuk bagi pemberian geran yang juga tambahan kepada peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RM-9) untuk sektor industri yang terjejas, selain bantuan dalam bentuk pinjaman mudah serta pelbagai insentif pelaburan kepada sektor itu.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, hari ini, Muhyiddin juga berkata, Miti turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan insentif pembelian kenderaan baru sebanyak RM5,000 bagi merangsang sektor automotif.

Katanya, jika cadangan itu diterima pemilik kenderaan berusia lebih 15 tahun mahu melupuskan kenderaan mereka dan ingin membeli kenderaan baru akan menikmati pengurangan harga mungkin dalam bentuk cukai eksais atau cukai jualan dan mekanisme pelaksanaannya sedang diteliti.

najib kata ekonomi malaysia ok jer....apa yang ko jadu gekabah?

No comments

Powered by Blogger.