Nak Tanya Najib: Antara 97% dan 3%, Mana Lebih Besar?
Apabila Najib memulakan kempen merampas kuasa di Perak, beliau mungkin tidak sedar kebanyakan rakyat Perak tidak menyukai tindakannya merampas kuasa seperti junta yang tidak demokratik itu. Kajian terbaru seperti yang dipaparkan dalam Harakahdaily hari ini menyatakan sebanyak 97% rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka ‘meraikan’ demokrasi.
Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula. Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.
“Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.
“DUN Perak sekarang ini dianggap sebagai telah ‘mati’. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah,”katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Kepada General Tak Bertauliah Najib yang mengetuai rampasan kuasa junta pada minggu lepas, kita ingin bertanya: hendak ikut suara 97% atau suara 3% rakyat? Jika kamu pintar matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris, cubalah hitung-hitung mana yang lebih besar nilainya antara 97% dan 3%. Jika kamu fikir 97% lebih besar, bubarkan DUN dan kita lihat parti mana yang akan menjadi pilihan rakyat. Tapi jika kamu fikir 3% lebih besar, tak apalah, biarlah Zambry terus syok sendiri dengan jawatannya sebagai Menteri Besar yang tidak diiktiraf rakyat itu; dan tunggulah balasan rakyat dalam PRU ke-13 nanti!
Sekali lagi nak tanya Najib: Mana lebih besar antara 97% dan 3%? - Pendikar Gunung Kriang
No comments
Post a Comment