Nizar, Bola dan Chelsea...

Di malam Chelsea kehilangan pengurus pasukkannya Luiz Felipe Scolari, saya difahamkan DS Nizar ke stadium menyaksikan pertandingan bola sepak, tetapi bukanlah sebagai pengurus pasukan! Beliau adalah Presiden Persatuan bola-sepak Negeri Perak. Bertemu dengan rakyat jelata. Berlaga bahu dengan semua. Sesiapa sahaja boleh menilai, bahawa Ini sebenarnya bukanlah tindakan seorang yang merasa dirinya bersalah.

Tidak seperti Najib yang tidak hadir pada sambutan CNY di Ipoh. Atau MB haram yang sentiasa diawasi bodyguardnya. DS Nizar cukup selesa bertemu rakyat. Yang sebelah sana pula sentiasa dihantui kekhuatiran. Adakah sepatu bakal menunggu?

ADUN yang empat pun begitu. Tidak kelihatan. Tidak berani bertemu rakyat. Sampai bila? Pengkhianat tidak akan dilupai.

http://www.khalidsamad.com/2009/02/nizar-bola-dan-chelsea.html

No comments

Powered by Blogger.