Pakatan tawar agenda perubahan, BN tawar wang

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI (SK) - KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata perbezaan besar antara “Projek 916″ Pakatan Rakyat dengan “Projek Rampasan Kuasa” BN adalah Pakatan menawarkan agenda perjuangan kepada wakil-wakil rakyat, manakala BN menawarkan wang.

Beliau menjawab kenyataan Najib Tun Razak bahawa budaya perpindahan parti dimulakan oleh Anwar sejak September tahun lepas.

“Kita tidak menawarkan apa-apa imbuhan. Sesiapa yang ingin menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah,” kata Anwar.

“Apabila Nasarudin Hashim (Adun Bota) bertemu saya dan menyatakan keinginan untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima rasuah dalam Umno, saya bertanya mahukah beliau membuat pengakuan secara terbuka dan dia bersetuju.

“Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok,” tegas Anwar.

Sebelum keluar dari Pakatan, kempat-empat Adun Perak ‘dihilangkan’ beberapa hari sebelum muncul bersama Najib. Disamping itu ada pengakuan dan laporan polis bahawa ada tawaran mencecah RM50 juta di Perak dan Kedah.

No comments

Powered by Blogger.