Pilihan raya kecil 7, 14 Mac?

PETALING JAYA: Pilihan raya kecil bagi dua kerusi di Perak dan Kedah ditentukan hari ini dengan dijangkakan diadakan awal bulan depan.

Antara tarikh menjadi perhatian ialah 7 dan 14 Mac.

Kata beliau, kes Bukit Gantang adalah jelas dan akan ditentukan tarikh pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi 8 pagi tadi berkata: "Suruhanjaya akan membuat dua keputusan penting hari ini.

"Bagi kerusi Bukit Selambau, SPR akan mengkaji segala surat dan maklumat bagi menentukan sama ada wujud kekosongan atau tidak. SPR yang berkuasa untuk tetapkan sama ada berlaku atau tidak kekosongan walaupun speaker yang maklum notis tentang kekosongan yang berlaku," katanya

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pilihan raya kecil perlu segera diadakan.

Mesyuarat hari ini membincangkan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

No comments

Powered by Blogger.