PMSBI: Hishamuddin UMNO mengamalkan " All Child Left Behind"- malaysiakini

Oleh ahmadhadeed

"Negara maju saperti USA menghargai sumber manusia di kalangan generasi baru dengan dasar ' No Child Left Behind' tetapi penggunaan BI dalam pengajaran Sains dan Math telah kendalian Hishamuddin UMNO telah merosakkan sistem pendidikan dengan dasar tolol ' All Child Left Behind'.

Dasar mengajar Sains dan Math dalam BI sebenarnya telah menghancurkan potensi pembentukan sumber manusia dikalangan orang Melayu malah turut menghancurkan potensi sumber manusia anak anak Cina dan India. Orang Cina sekarang pun tak pandai Inggeris dan tak minat sains akibat dasar bahlul ini.

Dasar dungu dan bahlol pengajaran Sains dan Math dalam BI telah di mulakan oleh Mahathir si Diktator dan pada masa itu semua takut untuk membantah. Apabila Dollah jadi PM , Dollah pula sibuk dengan Islam Hadhari dan lupa untuk membuat pembetulan pada dasar yang terbukti salah ini .

Semua itu di serahkan kepada Hishamudin UMNO yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mengubah graf keputusan peperiksaan Math dan Sains UPSR PMR dan SPM untuk menipu orang ramai bahawa dasar ini berkesan . Rakyat tidak tahu bahawa sebenarnya graf normal curve keputusan peperiksaan boleh di tolak tolak supaya bilangan yang lulus memenuhi perancangan Hishamudin dan UMNO yang masih berdegil dengan sikap untuk menghancurkan minat belajar orang Melayu dan Masyarakat bukan Melayu.

Kalau orang Barat menghargai semua anak anak nya dengan menyediakan setiap perkara yang dapat menarik anak anak mereka belajar dengan seronok bidang sains dan math serta mempunyai dasar No child left behind , Hishamuddin terus berkeras dengan dasar mengajar Sain dan Math dalam BI bagi memastikan semua pelajar kebingungan tidak mengetahui dan meminati sains dan Math dalam BI. malah guru yang mengajar pun sama sama tidak fasih berbahasa inggeris. Dasar Hishmudin Umno inimemang menjahanamkan sistem pendidikan negara tetapi ramai yang tidak ambil peduli.

Saya menyokong penuh tunjuk perasaan di adakan oleh ibu bapa Malaysia supaya masa depan anak anak kita tidak menjadi mangsa kepada dasar bahlol UMNO yang pekak dan tuli dan bodoh sombong tidak mahu mendengar nasihat professor dan cerdik pandai. Hishamudin pun tidak berupaya berhujah secara ilmiah dengan fakta dari journal pendidikan dan jurnal bahasa untuk mempertahankan dasar tahyul nya tentang keberkesan pengajaran Math dan Sains dalam BI tetapi apakan daya kepala batu umno mengatasi semuanya.

Di bawah ini adalah video dasar ' No Child Left behind ' yang di bincang dengan begitu serius di negara orang lain namun di Malaysia di bawah umno masaalah pelajar ketinggalan dan tergangu dalam pembelajaran mereka di biar begitu saja. Memang hampas betul UMNO

http://www.youtube.com/watch?v=mzxKuXf-wWg&eurl=http://almuslimin2.blogspot.com/&feature=player_embedded
"

No comments

Powered by Blogger.